Friday, December 18, 2009

Aku Hanya Mahu Ke Seberang


AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.

KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob

(Note: yeah, this was written by our superbly 'qualified and glorified' oral pathology lecturer. skeptical? read this: http://dentistry.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=110&tmpl=component&Itemid=73. owh and he has a wiki page as well. lmao.

0 Added Colors:

This blog officially represents the thoughts in my head. All rights reserved 2007-2008